msen
A- A A+
FaqSoalan Lazim
HubungiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

Standard Post Format

LAWATAN PANEL PENILAI SISTEM PENARAFAN BINTANG SPB-PBT KE MDKPI

Kadar pengguna: 4 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktif
 

LAWATAN PANEL PENILAI SISTEM PENARAFAN BINTANG SPB-PBT KE MDKPI

MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM (MDKPI) telah menerima kunjungan Panel Penilai Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) KPKT/JKT bagi tahun 2021 ke Pejabat MDKPI pada 25 Mei 2022. Rombongan telah disambut meriah oleh YBrs. En Mohd Azman Bin Ghazali (Setiausaha), Ketua-Ketua Jabatan/Unit dan seluruh kakitangan MDKPI. Pelaksanaan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT-PBT) adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Melalui sistem ini, semua PBT dijangka akan lebih bertanggungjawab dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih efisien dan berkualiti. SPB-PBT ini juga akan dapat mengurangkan tohmahan masyarakat terhadap PBT, justeru meningkatkan imej PBT. Di samping itu, SPB-PBT diharap dapat membantu PBT meneruskan lagi kesinambungan prestasi yang cemerlang pada masa akan datang. Objektif SPB-PBT ini disediakan adalah untuk menangani kelemahan-kelemahan serta isu-isu yang dihadapi oleh PBT seperti yang disebutkan sebelum ini. Oleh kerana itu, SPB-PBT diharapkan dapat menilai tahap pencapaian penyampaian perkhidmatan PBT, meletakkan PBT pada tahap kedudukan yang sesuai mengikut ranking agar PBT dapat meningkatkan daya saing (competitiveness) masing-masing dan mengemaskini ciri-ciri PBT yang berprestasi tinggi supaya PBT sentiasa menjaga dan memelihara tahap kecekapan dan keberkesanan organisasi.

 

0    124

5

 

6

 

 

Majlis Daerah Ketereh
Perbandaran Islam

KM 19, Jalan Kuala Krai,
16450 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Tel: [+609] 7886112        Faks: [+609] 7886031

Kod QR Web Mobil

Bb

Bilangan Pelawat

Hari ini257
Semalam522
Minggu ini3296
Bulan Ini6580
Jumlah249954

14 Ogos 2022

Search