Melambangkan Majlis Daerah Ketereh sentiasa memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat.
Melambangkan Majlis Daerah Ketereh sentiasa berhasrat hendak menjalan dan melaksanakan kemajuan untuk semua rakyat.
Melambangkan Majlis Daerah Ketereh sentiasa patuh dan menjunjung kedaulatan Raja dan Negeri serta Negara.
Melambangkan Majlis Daerah Ketereh sentiasa tunduk dan tertakluk kepada titah Perintah DYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan serta akan menjaga hak-hak ketuanan dan Kedaulatan Raja dan Negeri Kelantan.
Melambangkan bahawa perusahaan rakyat yang terbesar dalam kawasan Majlis Daerah Ketereh ialah padi disamping ianya melambangkan juga bahawa semua usaha-usaha Majlis Daerah Ketereh dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dengan semangat dan resmi padi.
Melambangkan bahawa Majlis Daerah Ketereh hendak mempertahankan dan menggunakan bersama tulisanJawi sebagai tulisan Agama dan Kebudayaan Islam.
Melambangkan bahawa itu adalah kawasan asal Majlis Daerah Ketereh sewaktu ianya mula-mula dilancarkan.
Tiga rajah itu melambangkan bahawa sebelum wujudnya Majls Daerah ketereh, telah pun wujud tiga Majlis Tempatan iaitu Majlis Tempatan Pangkal Kalong, Majlis Tempatan Kadok dan Majlis Tempatan Peringat.
Lambang Bendera Negeri dalam putus diatas melambangkan hubungan Majlis Daerah Ketereh dengan Kerajaan Negeri.
Bulan Sabit melambangkan bahawa Majlis Daerah Ketereh sentiasa mengamalakn prinsip-prinsip islam dalam semua kegiatannya.
Lain-lain gambar didalamnya melambangkan bahawa Majlis Daerah Ketereh akan mewujud dan melaksanakan semua bidang kegiatan dan pembangunan kepada rakyat untuk kemudahan dan kebahagiaan mereka dalam semua bidang.
Maljis Daerah Ketereh mula-mula diwujudkan.
Melambangkan bahawa semua usaha kegiatan dan projek serta apa jua bidang yang dijalankan oleh Majlis Daerah Ketereh akan sentiasa diawasi dan dikawal dengan serapi-rapinya bagi menjamin kejayaan dan kesempurnaannya.
Melambangkan bahawa Majlis Daerah Ketereh sentiasa mengamalkan dan menyeru semua pihak tidak kira ianya ahli-ahli, kakitangan, rakyat, pemimpin-pemimpin dan lain-lain supaya bersatu padu dan bersefahaman bagi mencapai kemajuan untuk kebahagian hidup didunia dan diakhirat.