msen
A- A A+
FaqSoalan Lazim
HubungiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Jajahan Kota Bharu telah diadakan pada 22 September 2022  dengan kehadiran sekitar 1,000 orang yang berlangsung di Komplek Sukan, Majlis Daerah Ketereh.

Beberapa segmen dan pengisian aktiviti telah dilaksanakan seperti Pelepasan Fun Ride, Langkah Sembah ( Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Jajahan Kota Bharu, nyanyian lagu Negaraku dan Selamat SULTAN, tabik hormat/ Brassband Batalion ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja, gimik perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Jajahan Kota Bharu dan senamrobik.

Pengunjung ke majlis sambutan juga dihiburkan dengan persembahan  dikir barat, cabutan bertuah dan persembahan 'Deklamasi Sajak'.

Majlis Sambutan telah dirasmikan oleh YABrs. Tuan Haji Mohd Anis bin Hussein, Ketua Jajahan Kota Bharu. Turut hadir Encik Muhammad Waliuddin bin Mat Yusof dari Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia Cawangan Negeri Kelantan.

1

2

3

4

 

5

76

8

 

 

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 Peringkat Negeri Kelantan telah pun diadakan di Mini Stadium Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, dihadiri oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan bersama isteri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan serta masyarakat.

Sambutan kali ini menampilkan 65 kontinjen yang disertai seramai 2,000 peserta daripada pelbagai agensi termasuk agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pasukan berpakaian seragam, universiti dan sekolah di negeri ini.

Majlis Daerah Ketereh juga merupakan salah satu pasukan kontinjen yang menyertai perbarisan tersebut memandangkan majlis sambutan pada tahun ini diraikan di Mini Stadium MDKPI.

Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu turut dihadiri oleh 5,000 penduduk masyarakat dari seluruh pelosok negeri untuk menyaksikan pelbagai acara sepanjang majlis tersebut berlangsung.

 

1

2

3

4

10

 

6

8

9

11

13

12

17

 

 

 

 

 

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Program Jelajah Kelantanku Bersih dan Majlis Pelancaran Kelantanku Bersih Peringkat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam pada 17 Ogos 2022 yang disempurnakan oleh YB. Dr. Haji Izani Bin Husin (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan). Turut hadir  YABrs. Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein (Yang Dipertua MDKPI), YBrs. Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan SUK, Pegawai UPEN, Ahli-ahli Majlis dan Setiausaha MDKPI. YB Dr. Pengerusi membuat lawatan ke Pejabat Majlis Daerah Ketereh  dan merasmikan  Zon Kelantanku Bersih,Indah,Ceria di Dataran Serambi Alam Kok Lanas.

 

2

 

1

3

4

5

6

7

8

9

 

Kadar pengguna: 4 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktif

LAWATAN PANEL PENILAI SISTEM PENARAFAN BINTANG SPB-PBT KE MDKPI

MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM (MDKPI) telah menerima kunjungan Panel Penilai Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) KPKT/JKT bagi tahun 2021 ke Pejabat MDKPI pada 25 Mei 2022. Rombongan telah disambut meriah oleh YBrs. En Mohd Azman Bin Ghazali (Setiausaha), Ketua-Ketua Jabatan/Unit dan seluruh kakitangan MDKPI. Pelaksanaan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT-PBT) adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Melalui sistem ini, semua PBT dijangka akan lebih bertanggungjawab dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih efisien dan berkualiti. SPB-PBT ini juga akan dapat mengurangkan tohmahan masyarakat terhadap PBT, justeru meningkatkan imej PBT. Di samping itu, SPB-PBT diharap dapat membantu PBT meneruskan lagi kesinambungan prestasi yang cemerlang pada masa akan datang. Objektif SPB-PBT ini disediakan adalah untuk menangani kelemahan-kelemahan serta isu-isu yang dihadapi oleh PBT seperti yang disebutkan sebelum ini. Oleh kerana itu, SPB-PBT diharapkan dapat menilai tahap pencapaian penyampaian perkhidmatan PBT, meletakkan PBT pada tahap kedudukan yang sesuai mengikut ranking agar PBT dapat meningkatkan daya saing (competitiveness) masing-masing dan mengemaskini ciri-ciri PBT yang berprestasi tinggi supaya PBT sentiasa menjaga dan memelihara tahap kecekapan dan keberkesanan organisasi.

 

0    124

5

 

6

 

 

Majlis Daerah Ketereh
Perbandaran Islam

KM 19, Jalan Kuala Krai,
16450 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Tel: [+609] 7886112        Faks: [+609] 7886031

Kod QR Web Mobil

Bb

Bilangan Pelawat

Hari ini29
Semalam662
Minggu ini1101
Bulan Ini3474
Jumlah310926

07 Disember 2022

Search