Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

phonebook

Sitemap 1

Call 2

Feedback 1

faq 6

MAJLIS TAKLIMAT PERKHIDMATAN, IKRAR AKU JANJI DAN IKRAR BEBAS RASUAH

14 Mei 2026 | Khamis

Telah berlangsung Majlis Taklimat Perkhidmatan, Ikrar Aku Janji dan Ikrar Bebas Rasuah yang melibatkan seluruh warga kerja Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam.

Taklimat perkhidmatan telah disampaikan oleh Encik Farhan Bin Abdul Aziz, Penolong Setiausaha MDKPI. Turut menyampaikan pesanan serta nasihat ialah Encik Mohd Noor Affendy Bin Abdul Shukor, Ketua Bahagian Penguatkuasa, bagi memperkukuh disiplin, integriti dan komitmen dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Selain itu, Encik Muhammad Ridha bin Abdullah, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, turut menyampaikan taklimat berkaitan etika serta tatakelakuan semasa bertugas sebagai panduan kepada seluruh kakitangan.

Dalam majlis yang sama, bacaan Ikrar Aku Janji dan Ikrar Bebas Rasuah telah diketuai oleh Encik Shahrul Afiq bin Mohd Nor Azlan, Penguatkuasa MDKPI, sebagai simbol komitmen warga kerja MDKPI dalam membudayakan integriti, akauntabiliti serta tadbir urus yang cemerlang.

Semoga program seumpama ini dapat terus memperkukuh semangat kerja berpasukan, meningkatkan profesionalisme serta memperkasakan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

1

2

3

4

 

6

7

 

 

Dasar privasi

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST