MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN AHLI MAJLIS PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2025
13 Januari 2025, Isnin - Telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan bagi sesi 2025 bertempat di Dewan Tok Guru Dato' Bentara Setia, Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB Hilmi Bin Abdullah (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar) dan diikuti ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud (Menteri Besar Kelantan).
Turut hadir ke Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan Negeri serta Yang Dipertua, Ahli-ahli Majlis dan Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan.
Seramai 24 orang Ahli Majlis telah dilantik untuk setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang akan bertanggungjawab dalam memperkukuhkan lagi pembangunan tempatan dan kesejahteraan masyarakat. Majlis ini merupakan satu langkah penting dalam memastikan pembangunan dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Kelantan melalui kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada Ahli Majlis yang dilantik.
Selamat bertugas buat 24 orang Ahli Majlis Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam yang baru dilantik bagi tahun 2025.