Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

phonebook

Sitemap 1

Call 2

Feedback 1

faq 6

LAWATAN KERJA BERMAKLUMAT : MEMPERKASAKAN TADBIR URUS PBT MELALUI PERKONGSIAN STRATEGIK

Dalam usaha memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam telah mengadakan satu lawatan kerja bermaklumat ke Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan.

Lawatan ini diketuai oleh Yang DiPertua MDKPI, YBrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, bersama delegasi yang turut disertai Setiausaha MDKPI, Encik Mohd Azman bin Ghazali, Penolong Setiausaha Encik Mohd Faisal bin Mohd Ezani serta barisan Pegawai dan Ketua-ketua Bahagian MDKPI.

Delegasi MDKPI disambut mesra oleh Yang Dipertua MPLBP, Encik Mohd Hamri bin Abidin, AMK., BCK., dan Setiausaha MPLBP, Encik Hamizie bin Ibrahim, BCK., bersama pasukan pegawai mereka. Sambutan yang profesional namun penuh keakraban itu membuka ruang kerjasama dan dialog yang segar antara dua buah PBT yang mempunyai keunikan dan cabaran tersendiri dalam konteks pengurusan bandar.

Antara fokus utama lawatan ialah perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan sistem e-PBT serta pengendalian urusan pentadbiran secara atas talian. MPLBP telah berkongsi pandangan dan pengalaman mereka dalam mentransformasikan perkhidmatan digital kepada rakyat — satu langkah penting seiring dengan aspirasi pendigitalan perkhidmatan awam negara. Delegasi MDKPI turut berpeluang melihat sendiri bagaimana integrasi sistem dan budaya kerja cekap diterapkan dalam operasi harian MPLBP.

Pihak MDKPI amat menghargai kesudian MPLBP menerima lawatan ini dengan tangan terbuka serta memberikan layanan yang penuh profesionalisme. Tidak sekadar lawatan, tetapi satu ruang pembelajaran dan pencerahan yang bakal menjadi asas penambahbaikan kepada hala tuju pentadbiran MDKPI.

Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat antara PBT, ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien, telus dan berdaya saing — seterusnya memenuhi keperluan pelanggan dan komuniti dengan lebih berkesan.

1

2

3

4

5

Dasar privasi

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST