LAWATAN KERJA BERMAKLUMAT : MEMPERKASAKAN TADBIR URUS PBT MELALUI PERKONGSIAN STRATEGIK
Dalam usaha memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam telah mengadakan satu lawatan kerja bermaklumat ke Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan.
Lawatan ini diketuai oleh Yang DiPertua MDKPI, YBrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, bersama delegasi yang turut disertai Setiausaha MDKPI, Encik Mohd Azman bin Ghazali, Penolong Setiausaha Encik Mohd Faisal bin Mohd Ezani serta barisan Pegawai dan Ketua-ketua Bahagian MDKPI.
Delegasi...
MAJLIS PERASMIAN QARYAH RAMADHAN OLEH YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN
Menjunjung kasih Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra atas perkenan berangkat mencemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Qaryah Ramadhan anjuran Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam di Masjid Mukim Kadok.
Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan turut ampun perkenan mengurniakan sumbangan buat asnaf dalam qariah Masjid Mukim Kadok
LAWATAN KERJA YAB DATO’ PANGLIMA PERANG MENTERI BESAR KELANTAN KE MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM
YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI) bagi meninjau perkembangan dan perancangan pembangunan di kawasan pentadbiran Majlis.
Turut hadir dalam sesi ini ialah YB Ust Dato' Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar,beberapa orang ADUN, para Pegawai daripada Bahagian Kerajaan Tempatan, UPEN dan SPARK.
Dalam lawatan ini, YAB Menteri Besar diberikan...
KOTA BHARU, 3 Februari 2025 – Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf serta menghargai usaha dan pencapaian warga sektor awam dalam memperkenalkan inovasi yang mampu meningkatkan kecekapan perkhidmatan kerajaan negeri.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Kaya Setia Dato' Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, yang menekankan kepentingan inovasi dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam serta mempercepat...