Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Majlis Perasmian Qaryah Ramadhan MDKPI 1440H / 2019 dengan kerjasama Masjid Mukim Kadok telah diadakan pada 5 Ramadhan 1440H / 10 Mei 2019 di Masjid Mukim Kadok. Majlis telah dirasmikan oleh YB. Dato' Sr. Azami Bin Md. Nor - Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur Dan Utiliti Negeri Kelantan merangkap ADUN Kadok. Turut hadir YBrs. Encik Mohd Asri Bin Abd. Rahman - Ketua Whip MDKPI, YBrs. Encik Nik Fazul Fazlee Bin Nik Othman - Setiausaha MDKPI, Ahli-ahli Majlis MDKPI, Ketua-Ketua Bahagian serta kakitangan MDKPI.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas