A- A A+
FaqSoalan Lazim
HubungiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

PIAGAM PELANGGAN MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

PIAGAM PELANGGAN : BAHAGIAN PERBENDAHARAAN

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkesan bagi mempertimbangkan perkara-perkara berikut :

 

 

  1. Menyediakan perkhidmatan kaunter mesra, cekap dan berkualiti dengan memastikan masa menunggu bagi pembayaran bil di kaunter adalah selama (5) minit bagi masa sibuk dan (3) minit masa bagi kurang sibuk .
  2. Menyiapkan anggaran belanjawan tahunan sebelum / pada tarikh yang ditetapkan setiap tahun .
  3. Memastikan semua urusan pembayaran dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh tuntutan invois yang diterima .
  4. Menyiapkan gaji kakitangan sebelum 24 haribulan setiap bulan .
  5. Memastikan penyata cukai pendapatan kakitangan siap sebelum 31 mac setiap tahun .
  6. Memastikan teguran audit dapat dijawab dalam tempoh 14 hari .

 


PIAGAM PELANGGAN : BAHAGIAN PERANCANGAN DAN BANGUNAN

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkesan bagi mempertimbangkan perkara-perkara berikut :

 

 

  1. Memproses permohonan Kebenaran Merancang (KM) dalam tempoh 7 hari setelah mendapat pengesahan dari Bahagian OSC .
  2. Memproses permohonan mendirikan dan menyiapkan Projek Perumahan Kediaman / Perkedaian / Perkhidmatan dan lain-lain dalam tempoh 14 hari setelah mendapat pengesahan dari Bahagian OSC
  3. Memproses dan meluluskan permohonan mendiri dan menyiapkan bangunan kediaman / kedai / kiosk / setor dan lain-lan dalam tempoh 30 hari dari tarikh terima permohonan .
  4. Memproses permohonan Pecah Bahagian Tanah dibawah Seksyen 140 sehingga 145 Akta Kanun Tanah Negara dalam tempoh 30 hari dari Tarikh terima permohonan .
  5. Memproses permohonan tambahan bangunan dalam tempoh 30 hari dari permohonan diterima .
  6. Memproses pandangan teknikal bagi ubah syarat / sewa dan pohon milik tanah Kerajaan dalam tempoh 14 hari dari Tarikh permohonan .
  7. Permohonan bagi Sijil Menduduki Bangunan (SKD) dalam tempoh 30 hari dari tarikh terima permohonan .
  8. Pengeluaran surat sokongan bagi Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima permohonan .

 


PIAGAM PELANGGAN : BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkesan bagi mempertimbangkan perkara-perkara berikut :

 

  1. Memastikan aduan kerosakan perkakasan dan perisian komputer yang diterima diambil tindakan dalam tempoh 3 hari
  2. Memastikan aduan berkaitan ralat (error) dalam Sistem ePBT 2.0 yang diterima dimaklumkan kepada Pasukan Teknikal Sistem ePBT 2.0 dalam tempoh 8 jam selepas aduan
  3. Membuat pemantauan akuan pematuhan Dasar Keselamatan ICT MDKPI sekurang-kurangnya 1 kali
  4. Mengurus permohonan e-mel warga kerja MDKPI dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan
  5. Memastikan laman web rasmi MDKPI dikemaskini sekurang-kurangnya 1 kali
  6. Memastikan ketersediaan capaian kepada laman web rasmi MDKPI sekurang- kurangnya 95 peratus .

 


PIAGAM PELANGGAN : BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkesan bagi mempertimbangkan perkara-perkara berikut :

 

  1. Mengemaskini rekod kakitangan dalam tempoh satu (1) hari daripada tarikh terima maklumat .
  2. Keputusan permohonan cuti rehat akan diberitahu dalam masa dua (2) hari dari tarikh permohonan .
  3. Akan mengedarkan maklumat / pemberitahuan surat-surat kepada Bahagian dalam masa dua (2) hari dari tarikh terimaan .
  4. Memastikan Kebajikan kerjaya semua anggota di ambil berat .
  5. Mengedarkan jemputan-jemputan mesyuarat dalam tempoh tidak lebih tujuh(7) hari sebelum mesyuarat .
  6. Memastikan semua jentera dan kenderaan MDKPI sentiasa dalam keadaan baik dan sempurna .

 


PIAGAM PELANGGAN : BAHAGIAN PELESENAN DAN KHIDMAT BANDAR

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkesan bagi mempertimbangkan perkara-perkara berikut :

 

  1. Memproses permit iklan, sepanduk, poster, billboard dan sebagainya dalam tempoh tidak lebih 10 minit .
  2. Memproses permit sementara perniagaan atau promosi jualan dan akan dikeluarkan dalam tempoh tidak lebih 10 minit .
  3. Memproses lesen / permit peniaga Pasar Malam / Pasar Tani dalam tempoh 10 minit .
  4. Memproses pendaftaran permohonan lesen premis perniagaan dalam tempoh tidak kurang 10 minit .
  5. Meluluskan lesen premis tidak berisiko serta-merta
  6. Meluluskan lesen premis perniagaan berisiko dalam tempoh satu (1) bulan bergantung kepada Mesyuarat JK Pelesenan .
  7. Membuat kutipan sampah setiap hari di Jalan Protokol / Jalan Utama dan dua(2) hari sekali di Kawasan Perumahan .
  8. Melakukan kerja pemotongan rumput di Taman Perumahan dalam tempoh tiga(3) bulan sekali .

 


PIAGAM PELANGGAN : BAHAGIAN KEJURUTERAAN DAN PEMBANGUNAN

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkesan bagi mempertimbangkan perkara-perkara berikut :

 

  1. Memastikan pelaksanaan   dan    penyelenggaraan   projek-projek   dapat disempurnakan dengan baik dan mengikut peraturan yang ada
  2. Menyempurnakan permohonan projek-projek  oleh   Masyarakat  setempat dengan cepat dan berkesan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelulusan
  3. Memastikan segala aduan awam (mengenai infarstruktur) dapat diatasi dengan sempurna dan cepat dalam tempoh 14 hari.

 


PIAGAM PELANGGAN : BAHAGIAN OSC

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkesan bagi mempertimbangkan perkara-perkara berikut :

 

  1. Menerima dan menyemak permohonan yang diterima dengan lengkap serta membuat edaran kepada Jabatan memproses Jabatan Teknikal (dalaman / luaran ) dalam tiga (3) hari .
  2. Memantau dan menerima ulasan dari Jabatan Teknikal Dalaman dan Jabatan Teknikal Luaran dalam tempoh 14 hari .
  3. Mengeluarkan surat panggilan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) kepada Jabatan Teknikal Luaran dan Dalaman dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum tarikh
  4. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) sebanyak 1 kali sebulan seperti yang telah ditetapkan .
  5. Memaklumkan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) kepada pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari.

 


PIAGAM PELANGGAN : BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN KORPORAT

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkesan bagi mempertimbangkan perkara-perkara berikut :

 

  1. Memberikan layanan mesra dan sopan terhadap   sebarang  pertanyaan pelanggan .
  2. Menerima dan menyalurkan aduan yang diterima ke Bahagian berkaitan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja .
  3. Memberikan maklumbalas kepada pengadu dalam tempoh tujuh (7) hari waktu bekerja .

 


PIAGAM PELANGGAN : BAHAGIAN PEMBANGUNAN ISLAM

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkesan bagi mempertimbangkan perkara-perkara berikut :

 

  1. Memberi nasihat dan penerangan kepada peniaga supaya mematuhi peraturan penutup aurat (P)
  2. Memberi pengisian dan penerangan M.I kepada kakitangan MDK-PI pasaraya dan sektor perhotelan dalam tempoh lima (5) hari .
  3. Memastikan peniaga Pasar Malam berhenti berniaga 10 minit sebelum masuk waktu maghrib dan 10 minit selepas waktu maghrib .
  4. Memberi sumbangan kepada mangsa yang ditimpa musibah dalam Kawasan pentadbiran MDK-PI dalam tempoh tiga (3) hari
  5. Memberikan sumbangan segera kepada fakir miskin, armalah “Ibnu Sabil” dan asnaf “IPT” .
  6. Mengurus dan menyelia program-program keagamaan di masjid-masjid, pasar dan taman setiap minggu .
  7. Melaksanakan program-program sukarela, motivasi, rekreasi dan tarbiah kepada golongan belia / beliawanis dalam Kawasan pentadbiran MDK-PI
  8. Memantau keseluruhan pematuhan konsep Perbandaran Islam khususnya perkara Amar Maaruf dan Nahi Mungkar serta menyalurkan kepada Jabatan yang berkaitan .

 


PIAGAM PELANGGAN : BAHAGIAN PENGUATKUASA

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkesan bagi mempertimbangkan perkara-perkara berikut :

 

  1. Menyiasat aduan awam dalam tempoh tiga (3) jam dari masa aduan diterima .
  2. Memproses bayaran kompaun dalam masa 15 minit .
  3. Mengurus tuntutan balik barang-barang sita dalam masa satu (1) jam dari masa permohonan diterima .

 


 

PIAGAM PELANGGAN : BAHAGIAN UNDANG-UNDANG

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkesan bagi mempertimbangkan perkara-perkara berikut :

 

  1. Memberi nasihat dan pandangan perundangan yang jelas, tepat dan lengkap kepada bahagian-bahagian dalaman dan orang awam dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen atau maklumat yang
  2. Menyediakan atau menyemak dokumen perjanjian dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang Manakala bagi perjanjian melibatkan isu-isu kompleks, dalam tempoh 30 hari bekerja.
  3. Menyemak deraf notis atau surat yang dikemukakan oleh bahagian-bahagian dalaman dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh
  4. Memastikan sebarang notis dikeluarkan dalam tempoh sebagaimana yang telah ditetapkan dan penyerahan notis dalam tempoh 24 jam selepas pengeluaran
  5. Menjalankan rundingan dengan pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu kes supaya situasi sama menang dan penyelesaian di luar mahkamah dapat dicapai oleh kedua-dua belah pihak dan secara tidak langsung memastikan pengurangan kos di pihak
  6. Merujuk dokumen tuntutan sivil yang lengkap diterima kepada Peguam Panel dengan
  7. Memberi maklum balas kepada rayuan kompaun dalam tempoh 7 hari bekerja.
  8. Menyemak kertas siasatan dan menfailkan dokumen pendakwaan di Mahkamah dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan, tertakluk kepada kertas siasatan yang lengkap dan izin dakwa daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

 


PIAGAM PELANGGAN : BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkesan bagi mempertimbangkan perkara-perkara berikut :

  1. Memproses permohonan sewaan harta milik MDK-PI iaitu bangunan , gerai , kiosk dan lain-lain dalam tempoh masa tujuh (7) hari setelah memenuhi syarat yang ditetapkan .
  2. Memproses permohonan sewaan peralatan , padang , dewan badminton dan gelanggang futsal dalam tempoh masa dua (2) hari .
  3. Mengemaskini maklumat penyewaan dan akaun sewaan dalam tempoh lima(5) hari dari tarikh maklumat lengkap di terima .
  4. Mengeluarkan resit terimaan bayaran rasmi (KEW.PA 38) kepada penyewa secara serta-merta bagi pungutan hasil bergerak.

 


PIAGAM PELANGGAN : BAHAGIAN PENILAIAN

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkesan bagi mempertimbangkan perkara-perkara berikut :

  1. Akan memproses dan memberikan jawapan ke atas sebarang rayuan tunggakan dan cukai semasa dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Mesyuarat JK Cukai Taksiran , Dan Rayuan Cukai Taksiran dibuat .
  2. Memastikan setiap perubahan maklumat pemilik dan harta direkodkan dalam satu (1) minggu dari tarikh maklumat diterima .
  3. Menghantar notis pengenaan Cukai Taksiran kepada pemilik harta setelah nilaian dilakukan .
  4. Memproses permohonan caj pemajuan dalam tempoh tujuh (7) hari setelah memenuhi syarat yang ditetapkan .

 

Majlis Daerah Ketereh
Perbandaran Islam

KM 19, Jalan Kuala Krai,
16450 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Tel: [+609] 7886112        Faks: [+609] 7886031

Kod QR Web Mobil

Bb

Bilangan Pelawat

Hari ini6
Semalam23
Minggu ini125
Bulan Ini634
Jumlah25263

27 Julai 2024

Search

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST
Dasar Privasi
Test Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan