A- A A+
FaqSoalan Lazim
HubungiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

Perundangan

Kadar pengguna: 2 / 5

bintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Bagi melicinkan pentadbiran Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, beberapa akta telah digubal dan diterimapakai dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti Majlis iaitu:-

1. Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171)
a)    Memberikan Perkhidmatan-perkhidmatan Bandar yang cekap dan berkesan:

  • Pengurusan Sisa Pepejal
  • Pembersihan dan Pengindahan Kawasan
  • Penyenggaraan Parit & Longkang
  • Pembinaan & Penyelenggaraan Jalan
  • Penyelenggaraan Bangunan-Bangunan Awam
  • Penyelenggaraan Tempat-Tempat Awam
  • Perlindungan & Pengawalan Kesihatan Awam
  • Penyelenggaraan Tanah-Tanah Perkuburan

b)    Mengurus dan Mengawal Segala Peruntukan Kewangan Yang Diterima:

  • Cukai Taksiran
  • Bayaran-Bayaran Lesen & Denda
  • Geran Pelancaran
  • Geran Tahunan Menggunakan Kaedah Keseimbangan
  • Geran untuk Projek-Projek Pembangunan
  • Geran Penyenggaraan Jalan

c)    Melaksanakan Projek-Projek Pembangunan Di Peringkat Tempatan:

  • Perumahan
  • Perindustrian & Perdagangan
  • Kemudahan-Kemudahan Rekreasi
  • Infrastruktur Bandaran

2. Akta Perancang Bandar Dan Desa (Akta 172)
a)    Memainkan Peranan Sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Bagi   Kawasan Pentadbirannya:

  • Mengatur , Mengawal dan Merancang Pemajuan dan Penggunaan Semula Tanah dan bangunan dalam kawasannya.

3. Akta Jalan Parit Dan Bangunan, 1974 (Akta 133)

  • Meluluskan Pelan Bangunan
  • Mengawal untuk memastikan kerja-kerja tanah yang dilaksanakan mengikut kehendak-kehendak yang ditetapkan.
  • Memastikan pembinaan sesuatu bangunan adalah mengikut pelan yang diluluskan.
  • Memastikan penggunaan sesuatu bangunan adlalah seperti yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Mengawal penggunaan bahan-bahan mudah terbakar dalam pembinaan sesuatu bangunan.
  • Penyediaan infrastruktur untuk sesuatu pemajuan.
  • Kawalan ke atas bangunan yang berada di dalam keadaan bahaya.
  • Pemeriksaan berjadual ke atas bangunan-bangunan yang sudah siap mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO)

4. Akta Pengangkutan Jalan 1987 – Perintah (Tempat-Tempat Letak Kereta)
a)    Perintah Pengangkutan Jalan telah diwartakan di bawah Seksyen 72 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Undang-undang ini telah berkuatkuasa pada 1 Januari 1988. Antara kesalahan-kesalahan di bawah peruntukan uandang-undang ini adalah seperti berikut:

  • Membenarkan atau meletak kenderaan di mana-mana tempat letak kereta tanpa kebenaran, melainkan mempunyai resit daripada atenden bagi menunjukkan pembayaran telah dibuat.
  • Terus membenarkan atau meletak kenderaan di lot parking selepas tamat tempoh masa yang dibenarkan dalam resit rasmi yang dikeluarkan oleh atendan MDKPI.

Majlis Daerah Ketereh
Perbandaran Islam

KM 19, Jalan Kuala Krai,
16450 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Tel: [+609] 7886112        Faks: [+609] 7886031

Kod QR Web Mobil

Bb

Bilangan Pelawat

Hari ini12
Semalam23
Minggu ini35
Bulan Ini455
Jumlah22112

19 Mac 2024

Search

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST
Dasar Privasi
Test Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan