Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Majlis Perasmian Terminal Bas Kok Lanas telah diadakan pada 28 April 2019 / 22 Syaaban 1440H bertempat di Perkarangan Terminal Bas Kok Lanas. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB. Senator Dr. Mohd Radzi Bin Md. Jidin - Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia. Turut hadir YB. Dr. Md. Yusnan Bin Yusof - ADUN Melor yang mewakili YB. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan Negeri Kelantan, YM. Dato' Haji Tengku Azmi Bin Haji Tengku Jaafar - Yang Dipertua MDKPI, YB. Haji Saiful Adli Bin Abu Bakar - ADUN Salor, YBrs. Penyelia DUN Kok Lanas, YBrs. Ketua-Ketua Jabatan semua peringkat Persekutuan Dan Negeri serta Ahli-Ahli Majlis, MDKPI.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas