Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Program Kembara Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kota Bharu 2018 anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kota telah diadakan pada 14 Ogos 2018 / 2 Zulhijjah 1439H bertempat di Perkarangan Balai Bomba Dan Penyelamat Ketereh, Kelantan. Program Kembara Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kota Bharu 2018, merupakan program yang bertujuan meningkatkan semangat patriotisma dan rasa cintakan tanahair dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Program ini telah dirasmikan oleh YM. Tengku Sharifuddin Bin Dato' Tengku Shah Buddin - Ketua Penolong Ketua Jajahan Khidmat Pengurusan, Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu yang mewakili YM. Tengku Ketua Jajahan Kota Bharu.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas