Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Majlis Menandatangani Dokumen Perjanjian Usahasama Pembangunan Perumahan Diantara MDKPI Dan Masmayer Timur Sdn. Bhd telah diadakan pada 7 Jamadilawal 1439H / 24 Januari 2018 bertempat di Grand Renai Hotel, Kota Bharu, Kelantan.
Majlis menandatangani dokumen perjanjian ini telah disaksikan oleh YB. Dato' Haji Abdul Fattah Bin Haji Mahmood - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Kelantan. MDKPI telah diwakili oleh YABrs. Encik Ahmad Robert Bin Abd. Rahim - YDP MDKPI, YBrs. Tuan Haji Mohd Asri Bin Yunus - Ketua Whip dan YBrs. Encik Md. Yani Bin Mat Zin - Setiausaha MDKPI manakala Masmayer Timur Sdn. Bhd diwakili oleh YBhg. Dato' Haji Mohammad Tajuddin Bakar dan Ybhg. Dato' BK Choo.
Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis MDKPI, Ketua-Ketua Bahagian MDKPI, Ketua-ketua Jabatan dan wakil serta urusetia dari MDKPI dan Masmayer Timur Sdn. Bhd.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih besar.