Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Selamat Menyambut 3 Dekad Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam menerima penghargaan Naib Johan dalam Kategori Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan.
Dengan penghasilan produk ini, dapat membantu kakitangn melakukan kerja-kerja pembersihan.
KEMPEN PENJAGAAN KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Ayuh kita semua rakyat Kelantan sama-sama menjaga kebersihan negeri ini dengan langkah-langkah seperti berikut:-
(i) Memastikan kawasan sekeliling rumah kita bersih sepanjang masa;
(ii) Melupuskan sampah dengan cara yang betul termasuk membuang sampah domestik ke dalam tong sampah dan bukannya diletakkan di luar tong sampah besar yang disediakan pihak berkuasa tempatan;
(iii) Mendidik anak-anak kita aspek penjagaan kebersihan dari kecil lagi;
(iv) Memastikan tandas awam bersih selepas menggunakannya termasuk tidak membung tisu tandas merata-rata;
(v) Jika tidak menemui tong sampah, bawalah pulang sampah yang anda hasilkan tersebut ke rumah untuk dilupuskan dan bukannya membuangnya merata-rata tempat;
(vi) Membawa beg beli-belah sendiri dari rumah ketika berkunjung ke pasar, pasar raya dan kedai runcit untuk mengurangkan penggunaan beg plastik yang menyumbang kepada masalah sampah di negeri kita ini;
(vii) Masyarakat peniaga dan pemilik bangunan di bandar-bandar utama perlulah memastikan premis mereka bersih sepanjang masa;
(viii) Janganlah membuang sampah dari tingkap kenderaan anda atau membuang sampah di atas lantai di dalam sistem pengangkutan awam seperti bas dan kereta api.
Sesungguhnya penjagaan kebersihan itu adalah tanggungjawab kita bersama. Jika setiap orang memainkan peranan mereka masing-masing, sudah pastinya negeri kita akan bertambah bersih.
Jom kita mulakan hari ini!
Selalu!
Bahagian Penguatkuasaan MDKPI telah melaksanakan Operasi Gegantung Haram di sepanjang jalan protokol dalam kawasan pentadbiran MDKPI. Operasi ini telah diadakan pada 13 September 2020 / 25 Muharram 1442H.
PEMBUKAAN PASAR MALAM PERINGAT.
Pasar Malam Peringat telah dibuka pada 29 Julai 2020 setiap Rabu.
Sehubungan dengan itu, semua peniaga dan pengunjung mematuhi segala peraturan SOP yang telah ditetapkan.