A- A A+
FaqSoalan Lazim
HubungiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

Article Category Blog

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
MDKPI teruskan Kempen “Let’s Cover  Our Aurat”
 
26 September 2016: Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI) telah mengadakan taklimat “Let’s Cover Our Aurat” perniagaan bermula pada 22 Ogos 2016 dan berakhir pada 27 September 2016 bertempat di premis perniagaan pasaraya di sekitar kawasan MDKPI.
 
Taklimat dimulakan pada pukul 9.30 pagi dengan sesi ta'aruf bersama dengan kakitangan premis perniagaan terlibat kemudian diteruskan dengan taklimat yang disampaikan oleh Us. Ahmad Sufian bin Sulaiman, Penguatkuasa MDKPI dan Muhd Ridha bin Abdullah, Penyelaras Kempen.
 
Dalam sesi penerangan, pihak MDKPI ingin menitik beratkan tuntutan menutup aurat dengan sempurna adalah satu perkara yang dituntut dalam Islam. Antara objektif kempen ini dilakukan ialah:
 
1. Memberi penerangan kepada premis dan pekerja tentang kepentingan menutup aurat di tempat awam.
2. Melahirkan para pekerja  yang beradab mulia dan berketerampilan sebagai seorang muslim.
3. Menjayakan setiap kewajipan dan kefarduan Islam dalam apa jua keadaan.
 
Kami di MDKPI, ingin merakamkan ucapan terima kasih diatas kerjasama dan layanan yang sangat baik telah diberikan oleh pihak tuan dalam urusan kempen ini. Walaupun dalam masa yang singkat. taklimat yang dijalankan menepati kehendak dan objektif pihak penyelarasan kempen. Diharapkan kerjasama sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang, InsyaAllah. Terima kasih.
 
DZ Smart McD DZ Smart  
 
Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 telah diadakan pada 25 Jun 2019 / 21 Syawal 1440H bertempat di Dewan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam. Seramai 3 orang kakitangan MDKPI telah terpilih untuk menerima anugerah ini iaitu  Encik Rasukhan Bin Safiin, Encik Mohd Zahari Bin Senik dan Puan Azlina Binti Refin. Anugerah telah disampaikan oleh YM. Dato' Haji Tengku Azmi Bin Haji Tengku Jaafar - Yang Dipertua MDKPI.

APC 2018 

Sila klik untuk paparan yang lebih besar

Sila klik untuk imej seterusnya

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Perpisahan Kakitangan MDKPI telah diadakan pada 25 Jun 2019 / 21 Syawal 1440H bertempat di Dewan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam. Mereka yang diraikan ialah mantan Setiausaha MDKPI YBrs. Encik Mohd Zulkarnain Bin Baharuddin, mantan Ketua Bahagian OSC YBrs. Puan Noorhasikin Binti Awang dan 6 orang kakitangan MDKPI yang telah bersara wajib. Cenderahati telah disampaikan oleh YM. Dato' Haji Tengku Azmi Bin Haji Tengku Jaafar - Yang Dipertua MDKPI.

Perpisahan Kakitangan 

Sila klik imej untuk paparan yang lebih besar

Sila klik untuk imej seterusnya

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat MDKPI 2019 / 1440H telah diadakan pada 25 Jun 2019 / 21 Syawal 1440H bertempat di Dewan Majlis Daeah Ketereh Perbandaran Islam. Majlis diserikan dengan kehadiran YM. Dato' Tengku Haji Azmi Bin Haji Tengku Jaafar - Yang Dipertua MDKPI, YBrs. Encik Mohd Asri Bin Ab. Rahman - Ketua Whip MDKPI, YBrs. Encik Nik Fazul Fazlee Bin Nik Othman - Setiausaha MDKPI, Ahli-Ahli Majlis MDKPI, Ketua-Ketua Bahagian serta seluruh warga kerja MDKPI.

Raya 2019 

Raya 2019 

Sila klik imej untuk paparan yang lebih jelas

Sila klik untuk imej seterusnya

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Kuliah Subuh Istimewa Sempena Nuzul Al-Quran 1440H / 2019 telah diadakan pada 17 Ramadhan 1440H / 22 Mei 2019 bertempat di Masjid Mukim Kadok. Kuliah telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Azhar Bin Abdullah - Pensyarah KIAS. 

Kuliah Subuh 

Sila klik untuk imej seterusnya

Majlis Daerah Ketereh
Perbandaran Islam

KM 19, Jalan Kuala Krai,
16450 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Tel: [+609] 7886112        Faks: [+609] 7886031

Kod QR Web Mobil

Bb

Bilangan Pelawat

Hari ini625
Semalam2376
Minggu ini625
Bulan Ini5611
Jumlah34031

23 Disember 2024

Search

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST
Dasar Privasi
Test Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan