Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Artikel
Sekalung tahniah buat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam atas kejayaan meraih pengiktirafan 5 Bintang dalam Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) 2024. Pengiktirafan ini adalah bukti komitmen dan usaha berterusan MDKPI dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
SPB-PBT merupakan sistem penilaian yang digunakan untuk menilai tahap penyampaian perkhidmatan setiap PBT di seluruh negara secara seragam. Melalui kaedah penggredan ini, setiap PBT ditempatkan pada kedudukan ranking yang sewajarnya, bertujuan untuk memperkukuh daya saing serta meningkatkan kapasiti PBT dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti.
Pencapaian ini seiring dengan fokus Rancangan Malaysia Kesebelas yang menekankan kepentingan pihak berkuasa tempatan dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti di peringkat tempatan.
Tahniah dan syabas atas kejayaan cemerlang ini!