Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan
Indeks Artikel
PIAGAM PELANGGAN MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam akan memberikan perkhidmatan yang cekap, cepat dan berkesan kepada pelanggan
yang berasaskan nilai-nilai jujur, ikhlas, bersih, adil dan amanah berteraskan konsep kerja sebagai satu ibadat seperti berikut :
1. Memberikan perkhidmatan pungutan sampah dalam tempoh tidak lebih dua (2) hari untuk kawasan perumahan, sepanjang
jalan utama dan kawasan strategik
2. Memproses permohonan lesen premis perniagaan dalam masa tidak lebih satu (1) bulan dari tarikh permohonan.
3. Memproses lesen,permit iklan,sepanduk,poster,billboard dan sebagainya dalam tempoh tidak lebih tujuh (7) hari.
4. Memproses permit sementara perniagaan atau promosi jualan dan akan dikeluarkan dalam tempoh tidak lebih tujuh (7) hari.
5. Memproses lesen/permit peniaga pasar malam/pasar tani dalam tempoh tidak lebih tujuh (7) hari.
6. Memastikan semua urusan pembayaran Pesanan Kerajaan dibuat dalam tempoh tidak lebih satu (1) bulan dari
tarikh tuntutan/inbois yang diterima.
7. Mengedarkan jemputan-jemputan mesyuarat dalam tempoh tidak lebih tujuh (7) hari sebelum mesyuarat.
8. Pecahan sempadan,pecahan bahagian,ubah syarat,permohonan sewaan tanah kerajaan serta cantuman tanah
dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh penerimaan dengan syarat memenuhi peraturan-peraturan yang
ditetapkan oleh Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.
9. Meningkatkan mutu perkhidmatan kebersihan dan keindahan disekitar pekan-pekan dan kawasan-kawasan
taman perumahan setiap dua (2) bulan sekali.
10. Mendirikan bangunan sesebuah jenis sementara,pindaan pelan dan tambahan dalam tempoh dua (2) minggu
dari tarikh permohonan diterima.
11. Mendirikan bangunan sesebuah jenis kekal/separuh kekal dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh terimaan permohonan.
12. Memastikan kelulusan pelan bangunan bagi projek perumahan,kilang dan pam minyak dalam tempoh dua (2) bulan dari
tarikh permohonan memenuhi syarat-syaratnya.
13. Memberikan respon kepada maklumbalas dalam tempoh tiga (3) hari bekerja
14. Menyelesaikan aduan awam dalam tempoh 14 hari bekerja selepas aduan diterima
15. Memproses permohonan sewaan harta/bangunan/gerai/kiosk dan lain-lain dalam tempoh tujuh (7) hari setelah memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan.
16. Mengemaskini maklumat penyewaan dan akaun sewaan dalam tempoh lima (5) hari tarikh maklumat lengkap diterima.