A- A A+
FaqSoalan Lazim
HubungiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

Pekeliling & Panduan

Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Indeks Artikel

  • Pekeliling Am Negeri Bilangan 1/2008

Kod Etika Anggota Perkhidmatan Awam

Negeri Kelantan

 

Tujuan

  • Pekeliling Am ini dikeluarkan bagi memaklumkan kepada Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, Ketua-Ketua Badan Berkanun, Ketua-Ketua Jajahan serta Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan pemakaian Kod Etika anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan sebagaimana yang telah diputuskan oleh Kerajaan negeri menerusi persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Bil. 2/174/2008 (86) pada 23 Januari 2008.

Pendahuluan / Latar Belakang

  • Pentadbiran Negeri telah menyediakan Kod Etika Anggota Perkhidmatan Awam Negeri sebagai satu garis panduan tatakelakuan untuk dipakai dan dipatuhi semua Anggota Perkhidmatan Awam Negeri. Ianya hendaklah dihayati dan diamalkan dalam menjalankan tugas dan kehidupan di luar pejabat sepanjang perkhidmatan.

Visi

  • Untuk menjadikan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan yang bermanfaat sepanjang masa.

Misi

  • Ke arah Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan yang beretika dan berakhlak mulia.

Objektif

  • Untuk melahirkan anggota perkhidmatan yang berpegang teguh dan menghayati ajaran agama.
  • Untuk melahirkan anggota perkhidmatan awam yang relevan kepada stakeholders dan pelanggan.
  • Untuk melahirkan anggota perkhidmatan awam yang beretika, berakhlak mulia dan berintergriti tinggi sepanjang masa.
  • Nilai teras kod etika Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan terbahagi kepada tiga komponen nilai iaitu:-
     
  • ‘Ubudiyyah

Nilai ini merujuk kepada tanggungjawab iaitu segala kerja yang dilakukan di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah di hari pengadilan kelak. Nilai ini merupakan satu konsep khilafah yang memikul amanah bagi memakmurkan bumi Allah melalui amalan berlandaskan syariat.

  • ‘Mas'uliyyah

Nilai ini merujuk kepada tanggungjawab iaitu segala kerja yang dilakukan di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah di hari pengadilan kelak. Nilai ini merupakan satu konsep khilafah yang memikul amanah bagi memakmurkan bumi Allah melalui amalan berlandaskan syariat.

  • ‘Itqan'

Nilai ini merujuk kepada kualiti kerja yang boleh diterjemahkan sebagai ketekunan, komitmen dan kesungguhan kerja. NIlai ini akan membentuk peribadi yang berakhlak dan bermoral serta modal insan yang cemerlang dalam melaksanakan tugas.

 


 Nilai Tatakelakuan

a) Nilai tata kelakuan ‘Ubudiyyah'

  • Ikhlas dan Niat Suci

Mempunyai niat melaksanakan tugas kerana Allah WST untuk mencari rezeki yang halal dan mengharapkan keredhaan-Nya serta sentiasa berhati mulia dalam melaksanakan balasan manusia dan menghakis sebarang unsur kepentingan diri sebagai asas pengisian amanah.

  • Bekerja Sebagai Ibadat

Sentiasa meyakini bahawa setiap tugas yang dilakukan adalah berupa ibadat dan berusaha untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

  • Pengawasan Allah SWT

Menyedari bahawa segala gerak kerja yang dilukan adalah sentiasa berada di bawah pengawasan Allah SWT.

  • Balasan dan ganjaran

Menginsafi bahawa segala tugas dan amalan yang baik akan dibalas dengan ganjaran manakala perbuatan yang buruk akan mendapat hukuman daripada Allah SWT.

  • Mencapai keredhaan Allah SWT

Sentiasa meyakini bahawa setiap tugas yang dilakukan adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah.

  • Bersyukur

Sentiasa menghargai nikmat dan rahmat Tuhan, gembira dapat melaksanakan tugas, kecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif, redha dengan kedudukan dan pangkat, berbelanja dengan berhemah dan menggunakan segala nikmat dan pemberian Tuhan ke arah perkara yang diredhai-Nya.

 

 


 
b) Nilai tata  kelakuan ‘Mas'uliyyah' 

  • Amanah

Sentiasa menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin, berusaha menghindar dengan rela hati kepentingan peribadi dari mengatasi kepentingan tugas dan memastikan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja.

  • Keyakinan Tidak boleh Dihalang Oleh Keraguan

Kaedah yang kedua akan membuatkan seseorang terus bertekad dengan kerja-kerjanya setelah meyakini kebeneran kerja-kerja tersebut, walaupun dihasut dan ditohmah malah ditimbulkan keraguan oleh musuh.

  • Kesukaran Boleh Membawa Kemudahan

Kaedah ketiga akan menjadikan penjawat awam tidak menghadapi persoalan halangan, walaupun berdepan dengan sesuatu yang dalam biasa adalah haram. Ini berlaku bila keadaan memaksa.

  • Kemudaratan Hendaklah Dihindarkan

Kaedah hendaklah akan menjadikan seseorang pentadbir itu berwaspada dengan sesuatu yang buruk dan selalu bertindak mengurangkan risiko. Mereka membuat pilihan yang tepat dalam keadaan yang penuh kritikal.

  • Adat Boleh Menjadi Hukum

Kaedah kelima pula akan memastikan sesuatu telah menjadi tradisi yang baik dan diamalkan.

 

 


 

  • Konsep ‘Itqan' bukan sahaja merujuk kepada pencapaian fizikal, tetapi juga memerlukan kemahiran, komitmen, keyakinan, tumpuan dan lain-lain yang merujuk kepada sifat hati.
  • 'Itqan' memerlukan sifat-sifat lain untuk menyokong atau merealisasikannya. Ini dapat dikait dengan empat sifat yang wajib bagi rasul iaitu :

- Sidiq (benar)

- Amanah (jujur)

- Tabligh (penyampai yang benar)

- Fatanah (bijaksana)

 

  • Jika seseorang penjawat awam memiliki sifat-sifat tersebut, beliau berpotensi tekun terhadap kerjayanya. Dengan itu akan dapat mengelak sesuatu yang sebaliknya seperti sifat-sifat mustahil bagi Rasulullah S.A.W iaitu bohong, khianat, menyorok dan tidak cekap. Dengan itu, sifat-sifat tercela dapat dihindarkan dalam pentadbiran dan kerjaya. Dalam usaha ini konsep pengurusan moden mencadangkan beberapa konsep yang banyak digunapakai di seluruh dunia. Secara tradisi, ajaran Islam pula menekankan persoalan akhlak. Sebahagian dari makna Islam itu sendiri adalah aspek akhlak. Di antara yang boleh diingatkan di sini ialah seperti aspek-aspek :-

- Bekerja dengan azam yang kuat (al-Nahl:9)

- Bekerja dengan Ikhlas dan Amanah (al-Nisa' :58)

- Bekerja dengan cekap dan bersungguh-sungguh (al-taubah:58)

- Bekerja dengan semangat gotong-royong (al-Ma'idah:2)

- Bekerja untuk matlamat kebahagiaan manusia sejagat (al-Hujurat:10)

  • Tema dan falsafah ‘Ubudiyyah', ‘Mas'uliyyah' dan ‘Itqan' adalah tema dan falsafah hidup seorang muslim dalam merealisasikan aqidah, syariah dan akhlak dalam Islam. Ia merupakqan terjemahan amali Islam dalam kehidupan.
  • Tiga falsafah atau konsep ini menjadi kayu pengukur bagi menilai seorang penjawat awam. Ia menjadi parameter terhadap prestasi kerja. Ukurannya bersifat kualitatif. Ukuran ini adalah falsafah dan kebijaksanaan. Seorang pekerja akan merasakan ‘dosa tidak membuat kerja adalah lebih besar daripada dosa tersilap membuat kerja'.

 

 


PEKELILING PERKHIDMATAN 2007

Surat pekeliling perkhidmatan bilangan 16 tahun 2007

  • Pindaan kadar imbuhan tetap perumahan.

Surat pekeliling perkhidmatan bilangan 15 tahun 2007

  • Penjelasan mengenai perlaksanaan pemberian kemudahan dan pakaian istiadat, bantuan bayaran pakaian black tie dan bayaran menghadiri upacara rasmi.

Surat pekeliling perkhidmatan bilangan 11 tahun 2007

  • Memberi kenaikan bayaran perkhidmatan bagi pegawai lantikan secara Contract For Service

Surat pekeliling perkhidmatan bilangan 3 tahun 2007

Penurunan kuasa urusan penempatan dan pertukaran pegawai guna sama persekutuan.

 

 

 


PEKELILING PERKHIDMATAN 2010

Pekeliling Perkhidmatan Bil 9/2010

  • Mengenai Panduan Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan Manusia Sektor Awam.

Pekeliling Bil 8/2010

  • Mengenai Panduan Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan Manusia Sektor Awam.

Pekeliling Perkhidmatan Negeri Bil 10/2010

  • Mengenai Penyeragaman Waktu Bekerja Kepada Semua Jabatan Dan Agensi Kerajaan Negeri Kelantan Yang Berkuatkuasa Pada 15 Oktober 2010.

Pekeliling Perbendaharaan Negeri Bil 3/2010

  • Mengenai Pindaan Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas-Tugas Rasmi.

Pekeliling Perkhidmatan Negeri Bil 5/2010

  • Mengenai Penamatan Perkhidmatan Urusan Persaraan Kerana Telah Mencapai Umur 55/56/58 Tahun Dan Urusan Persaraan Pilihan Dan Fungsi Kematian Dalan Perkhidmatan.

 

Peraturan Mengenai Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di Bawah Perintah Am 5 Bab G Dalam Mematuhi Waktu Bekerja.

Arahan Kebersihan Utama Negara(Nkra) Bandar Selamat

  • Melantik Keahlian Bagi Jawatankuasa Pegawai Bandar Selamat Di Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.

Perkeliling Perkhidmatan Bil 3/2010

  • Mengenai Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menderma Organ.

 

Majlis Daerah Ketereh
Perbandaran Islam

KM 19, Jalan Kuala Krai,
16450 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Tel: [+609] 7886112        Faks: [+609] 7886031

Kod QR Web Mobil

Bb

Bilangan Pelawat

Hari ini11
Semalam25
Minggu ini36
Bulan Ini533
Jumlah22940

23 April 2024

Search

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST
Dasar Privasi
Test Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan