20 Januari 2025 (Isnin), satu majlis angkat sumpah penerimaan jawatan telah diadakan bagi melantik seramai 24 orang Ahli Majlis untuk mewakili Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam. Pelantikan ini dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan bagi tempoh perkhidmatan yang akan menyumbang kepada pembangunan kawasan tersebut.
Majlis rasmi ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama MDKPI dengan kehadiran YABrs. Tuan Haji Nik Raisnan bin Haji Daud, Yang Dipertua MDKPI, dan disaksikan oleh Encik Mohd Faisal Bin Mohd Ezani, Penolong Setiausaha MDKPI, serta ketua-ketua bahagian MDKPI.
Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Majlis yang telah dilantik. Harapan besar diletakkan kepada mereka untuk membawa aspirasi baharu dalam memperkukuhkan pembangunan serta kemajuan di MDKPI. Pelantikan ini juga dilihat sebagai satu langkah penting untuk menyokong hala tuju strategik MDKPI sebagai sebuah perbandaran Islam yang dinamik dan maju.