Festival Kesenian dan Rakyat Ketereh 2025.
Dirasmikan oleh YB Datuk Kamaruddin Bin Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan, festival ini menjadi cermin kepada sebuah usaha kolektif — antara PBT dan masyarakat, festival ini adalah medan untuk menghidupkan semula nilai seni, memupuk rasa bangga terhadap budaya sendiri dan mengukuhkan perpaduan masyarakat.