PROGRAM KOMUNITI CERIA BANDAR KETEREH
Sekitar Program Komuniti Ceria Ketereh telah berjaya dilaksanakan pada Khamis, 17 Julai 2025, bertempat di Taman Mahang Perdana, Kok Lanas dengan penglibatan aktif masyarakat setempat.
Program ini dirasmikan oleh YABrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Yang Dipertua MDKPI.
Antara pengisian menarik:
Gotong-royong Perdana
Pertandingan Halaman Bersih & Ceria
Bicara Komuniti Ceria
Program Pengurusan Haiwan Terbiar
Turun padang dengan semangat muafakat, komuniti setempat telah membuktikan bahawa kebersihan dan keharmonian persekitaran adalah tanggungjawab bersama.
Semoga usaha kecil ini menjadi titik mula kepada perubahan besar yang lebih positif.



