PROGRAM ANJAKAN INSANIAH BINA JIWA DAN PROFESIONALISME
Pada hari ini, Selasa 29 Julai 2025, Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam telah menganjurkan Program Anjakan Insaniah (Bina Jiwa dan Profesionalisme) bertempat di Dewan MDKPI bermula jam 8:30 pagi.
Program ini telah disampaikan oleh Ustaz Ilias bin Ahmad, Ketua Penolong Pendaftar KIAS, yang berkongsi tazkirah penuh pengisian bertemakan pengukuhan sahsiah, penyucian jiwa dan pembentukan profesionalisme kerja berteraskan nilai Islam.
Tazkirah ini membuka ruang untuk para pegawai dan kakitangan MDKPI berhenti sejenak daripada kesibukan tugasan harian, demi menyuburkan kembali jiwa dengan peringatan yang menyegarkan iman dan memantapkan integriti diri sebagai penjawat awam yang beramanah.
Semoga program ini menjadi medan memperkukuh hubungan dengan Allah SWT, sesama rakan kerja dan mempertingkat mutu perkhidmatan kepada masyarakat.
“Kerja itu ibadah, jika disulami dengan niat dan keikhlasan.”



