PROGRAM MOTIVASI MEMBINA GENERASI IMAN
“Pencegahan Gejala Sosial Remaja”
“Sayangi Remaja Kita”
20 Safar 1447H / 14 Ogos 2025 (Khamis), Dewan Utama MDKPI. Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap pembangunan generasi muda telah menganjurkan Program Motivasi Generasi Iman: Pencegahan Gejala Sosial Remaja.
Program ini dimulakan dengan penuh tertib melalui nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan, serta bacaan Ikrar Rukun Negara, sebagai simbol semangat patriotisme dan perpaduan sebelum beralih kepada pengisian utama program.
Program yang berlangsung penuh semangat ini dirasmikan oleh YABrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Yang Dipertua MDKPI, yang turut menekankan kepentingan mendidik remaja dengan asas akidah, nilai moral, dan kesedaran sosial yang tinggi.
- Antara pengisian menarik program:
- Sesi motivasi penuh inspirasi oleh penceramah berpengalaman.
- Perkongsian kisah benar sebagai iktibar kepada remaja.
- Aktiviti interaktif yang menggalakkan perbincangan terbuka antara pelajar dan penceramah.
- Pesanan berguna kepada ibu bapa untuk menjadi sahabat dan pembimbing anak-anak.
- “Remaja hari ini adalah pemimpin masa depan. Membimbing mereka adalah amanah kita bersama.”
MDKPI bertekad untuk terus menganjurkan program sebegini demi melahirkan generasi beriman, berakhlak mulia, dan bebas daripada gejala sosial yang merosakkan masa depan bangsa.




