Alhamdulillah dan Tahniah Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam.
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam berjaya meraih tempat ketiga (3) dalam Perarakan Kereta Berhias Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Kali Ke-56 Tahun 2025.
MDKPI tampil kreatif dengan konsep ECRL (East Coast Rail Link), projek rel berkelajuan tinggi yang bakal menjadi nadi penghubung utama Pantai Timur dengan Lembah Klang. Tema ini meraikan meraikan kewujudan Stesen ECRL STN01 Kota Bharu (Tunjung) yang terletak dalam kawasan pentadbiran Majlis. Reka bentuk kereta berhias ini turut memadukan elemen moden (kemajuan) dengan kebudayaan tempatan, diserikan dengan cahaya berwarna-warni dan tengkolok berpusing yang menjadi tarikan utama.
Bahagian belakang dihiasi sentuhan budaya tempatan, simbol keseimbangan antara pembangunan pesat dan warisan tradisi.
Syabas kepada semua warga kerja MDKPI yang menjayakan penyertaan ini!




