TAHNIAH MDKPI
TEMPAT KEDUA PBT CEMERLANG KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN (KKP) 2025
Kategori: Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI) meraih Tempat Kedua dalam anugerah PBT Cemerlang Kempen Kesihatan Persekitaran (KKP) Tahun 2025 bagi kategori Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar.
Pengiktirafan ini mengukuhkan bukti komitmen MDKPI dalam meningkatkan standard kebersihan, kesihatan awam, dan kesejahteraan komuniti, seiring dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat. Kejayaan ini juga mencerminkan usaha bersepadu seluruh warga kerja MDKPI yang sentiasa beriltizam memperkukuh pengurusan Majlis secara mampan dan mesra rakyat.
MDKPI merakamkan penghargaan kepada Jabatan Veterinar, NGO, Kelab Pencinta Haiwan Kelantan, Shelter IHSAN, serta para aktivis haiwan yang sentiasa mendukung inisiatif ini.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkasa usaha mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat, dan harmoni di Ketereh.
