Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

phonebook

Sitemap 1

Call 2

Feedback 1

faq 6

Alhamdulillah, Karnival Medan Ilmu & Forum Hubbun Nabi 2025 berjaya dilangsungkan dengan penuh kemeriahan dan keberkatan!

Program yang berlangsung pada Sabtu, 8 November 2025 (17 Jamadilawal 1447H) di Medan Ilmu Pasar Peringat, Melor ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat dan para pengunjung dari pelbagai lapisan.

Karnival ini dianjurkan oleh Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI) dengan kerjasama Jawatankuasa Medan Ilmu Pasar Peringat sebagai usaha memperkukuh hubungan komuniti melalui pendekatan ilmu, dakwah, hiburan Islamik dan khidmat masyarakat.

Forum Hubbun Nabi bersama Ustaz Abdul Aziz Che Man serta panel jemputan telah menjadi kemuncak program dengan pengisian yang menyentuh hati dan membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW.

Selain itu, pelbagai aktiviti turut dijalankan seperti:

- Persembahan Qasidah & Dikir Barat

- Motor Show

- Demonstrasi penyelamatan oleh agensi keselamatan

- Pameran pendidikan & agensi

- Aktiviti kanak-kanak (mewarna & karikatur)

Perkhidmatan agensi seperti pemeriksaan kesihatan, bayaran hasil tanah, cuci emas percuma, pembukaan akaun bank & Tabung Haji, pendaftaran haji dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan juga cabutan bertuah dan pocket talk daripada wakil-wakil agensi yang menceriakan suasana.

Majlis ini turut menjadi medan pertemuan masyarakat dalam suasana kekeluargaan, ukhuwah dan kecintaan terhadap ilmu.

MDKPI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini — para urusetia, agensi, penceramah, sukarelawan serta seluruh pengunjung yang hadir.

Semoga penganjuran seperti ini terus menjadi wadah menyebar ilmu, memperkukuh perpaduan dan menghidupkan semangat Islam dalam kehidupan bermasyarakat.

1

2

3

4

5

6

7

 

Dasar privasi

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST