BENGKEL PENGUKURAN PENCAPAIAN PRESTASI BERDASARKAN PELAN STRATEGIK MDKPI 2023–2028
Kota Bharu, 13 November 2025 —
Telah berlangsung Bengkel Pengukuran Pencapaian Prestasi Berdasarkan Pelan Strategik Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam 2023–2028 bertempat di Hotel Ibis Styles Kota Bharu pada pagi tadi.
Bengkel ini dihadiri oleh Ahli Majlis serta Ketua-ketua Bahagian MDKPI bagi menilai tahap pelaksanaan strategi dan inisiatif yang digariskan dalam Pelan Strategik MDKPI.
Majlis penutup bengkel telah disempurnakan oleh YABrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Yang Dipertua MDKPI.
Penganjuran bengkel ini diharap dapat memperkukuh keberkesanan pelaksanaan pelan strategik serta meningkatkan kecekapan tadbir urus MDKPI ke arah perbandaran Islam yang mampan dan sejahtera.




