MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN AHLI MAJLIS PBT NEGERI KELANTAN 2026
Telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan Tahun 2026 pada Isnin, 12 Januari 2026 bersamaan 22 Rejab 1447H, bertempat di Dewan Tok Guru Dato’ Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan.
Pelantikan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar kepada Ahli Majlis bagi membantu memperkukuh tadbir urus PBT, memperkasa perkhidmatan kepada rakyat serta memastikan pembangunan setempat dilaksanakan secara berhemah, berintegriti dan berteraskan kesejahteraan masyarakat.
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Ahli Majlis yang dilantik. Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan ini dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen, keikhlasan dan istiqamah demi kemajuan daerah serta kesejahteraan rakyat.




