Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

phonebook

Sitemap 1

Call 2

Feedback 1

faq 6

Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam telah mengadakan Majlis Angkat Sumpah Menerima Jawatan Ahli Majlis bagi penggal 2026 melibatkan seramai 24 orang Ahli Majlis yang telah dilantik bagi memikul amanah pentadbiran dan perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

Majlis ini menzahirkan komitmen berterusan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam dalam memperkukuh tadbir urus, memperkasa fungsi pihak berkuasa tempatan serta memastikan setiap keputusan dan dasar yang digubal berpaksikan kepentingan rakyat, selaras dengan prinsip keadilan, integriti dan kebertanggungjawaban.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua Ahli Majlis yang telah mengangkat sumpah jawatan. Diharapkan agar amanah yang dipikul ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, kebijaksanaan dan semangat kerja berpasukan demi memacu pembangunan mampan, kesejahteraan komuniti serta kemajuan kawasan pentadbiran Ketereh.

Semoga penggal perkhidmatan ini menjadi medan bakti yang membawa manfaat besar kepada rakyat, memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap institusi pihak berkuasa tempatan, serta terus memartabatkan Ketereh sebagai sebuah perbandaran yang progresif, sejahtera dan berteraskan nilai-nilai Islam.1

2

3

4

5

7

Dasar privasi

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST