Program Town Hall Taklimat Peniaga Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Februari 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Utama, Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, dengan kehadiran para peniaga yang menjalankan perniagaan di bawah seliaan MDKPI.
Sesi taklimat ini diadakan sebagai platform libat urus dua hala antara pihak Majlis dan komuniti peniaga bagi memperkukuh tahap pematuhan, kesedaran serta kualiti penyampaian perkhidmatan perniagaan di kawasan pentadbiran MDKPI. Fokus utama taklimat merangkumi aspek etika peniaga Muslim, penekanan terhadap standard Kesihatan dan kebersihan premis, serta penerangan berkaitan penentuan dan kawalan harga selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.
Dalam masa yang sama, pihak Majlis turut menyediakan beberapa kemudahan sokongan kepada para peniaga yang hadir, termasuk perkhidmatan suntikan Typhoid serta pembaharuan Kad Kesihatan, di samping pemberian apron percuma sebagai galakan pematuhan kepada amalan kebersihan semasa mengendalikan makanan.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam dalam memastikan ekosistem perniagaan tempatan kekal beretika, bersih, selamat serta mematuhi piawaian yang ditetapkan demi kesejahteraan pengguna dan imej perbandaran secara keseluruhan.



