Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

phonebook

Sitemap 1

Call 2

Feedback 1

faq 6

MALAM MUNAJAT SERIBU BULAN MERIAHKAN MASJID MUKIM KADOK

Program Malam Munajat Seribu Bulan telah berlangsung dengan penuh meriah selepas solat Terawih di Masjid Mukim Kadok dengan kehadiran ramai jemaah yang hadir bagi mengimarahkan malam-malam terakhir bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Program ini diadakan sebagai salah satu usaha menghidupkan malam Ramadan dengan pengisian rohani, di samping memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama memperbanyakkan ibadah serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan sepanjang program tersebut antaranya Haflah Tarannum Al-Quran, Qiamullail, serta cabutan bertuah khas untuk para jemaah yang hadir. Hadiah utama cabutan bertuah pada malam tersebut ialah sebuah basikal, selain beberapa hadiah lain sebagai tanda penghargaan kepada para jemaah yang memeriahkan majlis.

Selain itu, pihak penganjur turut menyediakan makanan dan minuman kepada para jemaah bagi menambahkan lagi kemeriahan serta keselesaan sepanjang program berlangsung.

Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran beberapa tetamu kehormat antaranya YABrs. Tuan Haji Rusydee bin Haji Abdullah, Yang Dipertua Majlis Daerah Ketereh – Perbandaran Islam (MDKPI). Turut hadir ialah YB Dato’ Sr. Haji Azami Mohd Nor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadok.

Selain itu, kehadiran pegawai-pegawai Majlis Daerah Ketereh – Perbandaran Islam turut memeriahkan program ini antaranya Encik Farhan Bin Abdul Aziz, Penolong Setiausaha MDKPI; Encik Muhammad Ridha Bin Abdullah, Ketua Bahagian Pentadbiran MDKPI; serta Encik Mohd Azrul Abdullah Bin Rozli, Ketua Bahagian Korporat MDKPI.

Sesungguhnya malam-malam terakhir Ramadan amat istimewa kerana di dalamnya terdapat malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu Malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh keberkatan ini merupakan peluang terbaik bagi umat Islam untuk memperbanyakkan ibadah seperti solat, zikir, doa serta membaca Al-Quran kerana ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT.

Tahniah diucapkan kepada para jemaah yang bertuah memenangi cabutan bertuah, dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir bagi sama-sama mengimarahkan masjid serta menghidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah.

Semoga segala amalan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT dan kita semua berpeluang meraih keberkatan Malam Lailatul Qadar.

1

4

5

 

7

Dasar privasi

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST