MAJLIS PENYERAHAN PAKAIAN KERJA DAN TAKLIMAT ETIKA WARGA MDKPI
Majlis penyerahan pakaian kerja kepada Pembantu Khidmat Am telah diadakan bagi memastikan keselesaan serta keseragaman semasa menjalankan tugasan harian. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan pihak pengurusan terhadap kebajikan warga kerja Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam, di samping meningkatkan imej profesional ketika bertugas.
Dalam majlis yang sama, Encik Muhammad Ridha bin Abdullah, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, telah menyampaikan taklimat berkaitan etika serta tatakelakuan semasa bekerja sebagai panduan kepada semua kakitangan. Seterusnya, Encik Mohd Noor Affendy bin Abdul Shukor, Ketua Bahagian Penguatkuasa, turut berkongsi pesanan dan nasihat bagi memperkukuh disiplin serta komitmen dalam melaksanakan amanah yang diberikan.
Turut hadir, Encik Wan Nazhan bin Wan Ghazali @ Wan Zaid, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, yang bersama-sama menyempurnakan penyerahan pakaian seragam kepada warga kerja MDKPI.
Semoga usaha ini dapat meningkatkan semangat kerja berpasukan, profesionalisme serta mutu perkhidmatan kepada masyarakat.


