PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA LA21 KOMUNITI PRIHATIN
23 Mei 2026, Sabtu. Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Perdana LA21 Komuniti Prihatin telah berjaya dilaksanakan di Taman Perumahan dan Taman Permainan Kala Perdana, Peringat, dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan, komuniti setempat serta kakitangan Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam.
Antara agensi yang turut hadir menjayakan program ini ialah KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia), Pertubuhan Inspirasi Kepimpinan Kelantan (Inspiration Leadership), komuniti penduduk Taman Kala Perdana serta kakitangan MDKPI. Turut bersama memeriahkan program ialah Ahli-Ahli Majlis MDKPI dan pegawai-pegawai MDKPI.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan dirasmikan oleh Ketua Whip MDKPI, Encik Mohd Asri Bin Yunus.
Selain itu, satu taklimat berkaitan pencegahan denggi turut disampaikan oleh Encik Mohd Hafizul bin Mohd Salleh, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu - PKDKB bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dan membanteras tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Program gotong-royong ini bukan sekadar membersihkan kawasan, malah menjadi medium untuk memupuk semangat kerjasama, perpaduan dan rasa tanggungjawab dalam kalangan komuniti terhadap kawasan persekitaran bersama. Apabila masyarakat berganding bahu, kawasan awam akan menjadi lebih bersih, selamat dan selesa untuk dinikmati oleh semua.
“Jupo sapoh kutip, jange tohok kokse.”




