Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

phonebook

Sitemap 1

Call 2

Feedback 1

faq 6

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA LA21 KOMUNITI PRIHATIN

13 Jun 2026 | Sabtu

Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Perdana LA21 Komuniti Prihatin telah berlangsung dengan jayanya di sekitar Taman Perumahan dan Taman Permainan Makmur, Kok Lanas dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan, komuniti setempat serta warga kerja Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI).

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Aadk Daerah Kota Bharu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Bharu, Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Balai Polis Kok Lanas, POLITEKNIK KOTA BHARU (RASMI) , komuniti penduduk Taman Makmur, serta Ahli-Ahli Majlis, pegawai dan kakitangan MDKPI yang bersama-sama berganding bahu menjayakan program ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan sebelum disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Whip MDKPI, Encik Mohd Asri bin Yunus. Turut diadakan sesi taklimat kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah yang disampaikan oleh pegawai AADK Daerah Kota Bharu bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kesan negatif dadah kepada individu, keluarga dan komuniti.

Program gotong-royong ini bukan sahaja bertujuan membersihkan kawasan persekitaran, malah menjadi platform untuk mengukuhkan semangat kerjasama, perpaduan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat. Penglibatan pelbagai pihak termasuk agensi penguatkuasaan, institusi pendidikan dan komuniti setempat membuktikan bahawa semangat kebersamaan mampu mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selamat, ceria dan kondusif untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

“Komuniti Prihatin, Persekitaran Bersih, Kehidupan Sejahtera.” “Jupo sapoh kutip, jange tohok kokse.”

1

3

4

5

7

Dasar privasi

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST