JELAJAH BINA GENERASI IMAN BERMULA DI SMU AZHARIAH, MELOR
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam melalui Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Kebajikan telah mengadakan siri pertama Jelajah Bina Generasi Iman di SMU Azhariah, Melor.
Program ini merupakan kesinambungan pelaksanaan Bina Generasi Iman yang pernah diadakan pada tahun lalu, dengan pengisian yang menumpukan kepada ilmu, pembentukan sahsiah dan kesedaran sivik dalam kalangan pelajar.
Dalam siri ini, pelajar telah mengikuti sesi perkongsian bertajuk “Kita Sedang Membina Generasi Cakna Kebersihan”, yang menekankan bahawa kebersihan bukan hanya tanggungjawab di sekolah, tetapi perlu menjadi amalan di rumah, jalan raya, tempat awam dan dalam kehidupan seharian.
MDKPI merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah atas kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini. Penghargaan turut diberikan kepada para pelajar yang memberikan perhatian, menunjukkan minat dan menerima mesej yang disampaikan dengan positif.
Turut bersama dalam program ini ialah YBhg. Tuan Haji Zulkipli bin Mat Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Kebajikan MDKPI.
Semoga usaha ini menjadi sebahagian daripada pembentukan generasi muda yang beriman, beradab dan cakna terhadap kebersihan persekitaran.




