Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

phonebook

Sitemap 1

Call 2

Feedback 1

faq 6

GOTONG-ROYONG BERSIH INDAH CERIA PEKAN DEWAN BETA

Program Gotong-Royong Bersih Indah Ceria Pekan Dewan Beta, Lundang Paku telah dilaksanakan dengan penuh semangat pada pagi ini, melibatkan penyertaan pelbagai agensi, pelajar, petugas serta penduduk setempat yang hadir bersama-sama menjayakan program.

Program ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Salor, YB Saizol bin Ismail.

Tumpuan utama program adalah kepada kerja-kerja pembersihan kawasan Pasar Dewan Beta dan kawasan sekitarnya. Aktiviti yang dijalankan merangkumi kutipan sampah, pembersihan ruang awam, penyusunan kawasan persekitaran serta usaha menceriakan kawasan pasar sebagai tempat tumpuan orang ramai.

Program turut diserikan dengan aktiviti Trash to Cash melalui pengumpulan minyak masak terpakai, selain penanaman pokok sebagai usaha penghijauan kawasan. Gabungan aktiviti pembersihan, kitar semula dan penghijauan ini menjadikan pelaksanaan program lebih menyeluruh serta memberi manfaat kepada persekitaran setempat.

Pelaksanaan program ini telah mencapai objektifnya dan menjadi kesinambungan kepada beberapa siri gotong-royong yang telah digerakkan secara aktif sepanjang tahun ini di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

MDKPI merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Politeknik Kota Bharu, PDRM, agensi-agensi terlibat, warga kerja serta semua pihak yang turun bersama menjayakan program ini.

Semangat gotong-royong perlu terus disuburkan. Sokongan masyarakat amat penting supaya kawasan awam yang digunakan bersama dapat terus dijaga dengan lebih baik.

2

 

4

5

6

7

Dasar privasi

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST