Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

phonebook

Sitemap 1

Call 2

Feedback 1

faq 6

FESTIVAL KOMUNITI PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR BERLANGSUNG MERIAH DI KETEREH (PERASMIAN DAN MEWARNA)

KETEREH  11 Julai 2026

Festival Komuniti sempena Program Kemampanan Komuniti Bandar telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Sukan Saad Bin Abi Waqqas pada Sabtu, dengan kehadiran yang amat menggalakkan daripada warga Ketereh dan kawasan sekitarnya.

Seawal jam 8.00 pagi, pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir bersama keluarga, jiran dan rakan-rakan bagi memeriahkan program yang sarat dengan aktiviti bermanfaat serta mengeratkan hubungan komuniti.

Pelbagai pengisian menarik telah disediakan sepanjang program, antaranya Fun Walk, aktiviti sukan, pameran agensi kerajaan, gerai jualan, pemeriksaan kesihatan, kaunter perkhidmatan, aktiviti kanak-kanak serta persembahan kebudayaan yang menceriakan suasana.

Penganjuran festival ini bukan sahaja berjaya menghimpunkan komuniti dalam suasana yang harmoni dan mesra, malah turut meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan gaya hidup sihat, kesejahteraan komuniti serta semangat kerjasama dalam membangunkan bandar yang mampan.

Terima kasih diucapkan kepada semua agensi, urus setia, sukarelawan, peniaga dan para pengunjung yang telah bersama-sama menjayakan Festival Komuniti ini. Semoga program seumpama ini terus menjadi platform yang mengukuhkan semangat perpaduan, kebersamaan dan kesejahteraan masyarakat di daerah Ketereh.

1

2

3

4

Dasar privasi

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST