Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

phonebook

Sitemap 1

Call 2

Feedback 1

faq 6

MAJLIS PERASMIAN PADANG BOLA SEPAK MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

Majlis Perasmian Padang Bola Sepak Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam telah berlangsung dalam suasana meriah dengan perasmian disempurnakan oleh YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan gamelan dan Gendang 24 Perayaan, yang menambah seri serta memberikan pengalaman tersendiri kepada para tetamu dan pengunjung yang hadir.

Perasmian ini menandakan pembukaan rasmi Padang Bola Sepak MDKPI yang telah dinaik taraf bagi menyediakan kemudahan sukan yang lebih berkualiti dan selesa untuk kegunaan masyarakat setempat, khususnya bagi aktiviti bola sepak, latihan dan penganjuran pelbagai acara sukan.

Padang ini turut dilengkapi sistem saliran dan penyiraman yang lebih baik serta penyelenggaraan berkala bagi membantu memastikan kualiti permukaan padang sentiasa berada pada tahap yang baik, sekali gus memberikan keselesaan dan keselamatan kepada para pemain.

Semoga Padang Bola Sepak MDKPI dimanfaatkan sebaiknya dan menjadi medan untuk mengembangkan bakat baharu, menyuburkan minat terhadap bola sepak serta menyokong perkembangan sukan di Ketereh dan Kelantan.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan memainkan peranan dalam menjayakan majlis perasmian ini.

2

3

4

5

6

7

Dasar privasi

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST