MDKPI SAMBUT KUNJUNGAN DELEGASI MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam menyambut kunjungan delegasi Majlis Daerah Hulu Terengganu sempena lawatan kerja ke Krematorium Wat Ariyakiri, Kampung Aril, Pauh Lima, hari ini.
Hadir menyambut delegasi ialah YB Wan Rohimi Wan Daud, ADUN Melor, bersama Ketua Whip MDKPI, Encik Mohd Asri Yunus serta pegawai-pegawai MDKPI.
Delegasi dari Terengganu diketuai oleh YB Dato’ Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu, bersama YB Ir. Haji Saiful Azmi bin Suhaili, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu. Turut serta Encik Nik Mohd Syahrom bin Nik Md Hashim, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, serta pegawai-pegawai berkaitan.
Lawatan berkenaan memberi peluang kepada delegasi melihat secara dekat pengurusan dan pengoperasian krematorium, di samping mendapatkan gambaran sebenar mengenai aspek-aspek berkaitan yang boleh dijadikan rujukan dalam meneliti perancangan kemudahan seumpamanya di Hulu Terengganu.
Sepanjang lawatan, turut berlangsung perkongsian pandangan dan maklumat yang memberi manfaat kepada pihak-pihak terlibat, khususnya dalam memahami keperluan pengurusan kemudahan tersebut dari sudut pihak berkuasa tempatan.
Diharapkan lawatan ini dapat memberi input yang berguna kepada delegasi Majlis Daerah Hulu Terengganu dalam membuat pertimbangan dan perancangan yang bersesuaian, di samping membuka ruang kepada perkongsian pengalaman yang lebih luas antara pihak berkuasa tempatan.



