Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

phonebook

Sitemap 1

Call 2

Feedback 1

faq 6

LAWATAN PANEL PENILAIAN PERTANDINGAN KELANTANKU BERSIH 2026

Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam telah menerima kunjungan Panel Penilaian Pertandingan Kelantanku Bersih 2026 daripada Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Sesi penilaian diketuai oleh YBrs. Encik Muhammad Riyadhul Hanif bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah (Dasar & Keurusetiaan) selaku Ketua Panel bersama pasukan penilai. Turut hadir ketua-ketua bahagian dan unit serta kakitangan MDKPI.

Dalam sesi tersebut, YBrs. Penolong Setiausaha MDKPI memberikan penerangan berkaitan pelaksanaan pengurusan kebersihan serta usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Majlis di kawasan pentadbiran MDKPI.

Lawatan ini membolehkan panel mendapatkan gambaran secara langsung mengenai pelaksanaan pengurusan kebersihan MDKPI serta membuat penilaian berdasarkan aspek-aspek yang ditetapkan dalam Pertandingan Kelantanku Bersih 2026.

1

2

3

Dasar privasi

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST