Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

phonebook

Sitemap 1

Call 2

Feedback 1

faq 6

PROGRAM KESELAMATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Majlis Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan (MKN) telah menganjurkan Program Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama dengan kerjasama Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam serta agensi berkaitan, bertempat di Dewan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Program ini memberi pendedahan mengenai aspek keselamatan serta kepentingan peranan bersama dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman negara.

Antara pengisian program ialah pameran dan ceramah kesedaran daripada pelbagai agensi, yang memberi peluang kepada para peserta mendapatkan maklumat serta penerangan berkaitan isu keselamatan semasa secara langsung.

Ucapan perasmian telah disampaikan oleh YABrs. Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Yang Dipertua Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam merangkap Pengerusi JKKD Daerah Kota Bharu.

Kerjasama antara agensi melalui program seperti ini membantu memperluas penyampaian maklumat dan meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai tanggungjawab bersama dalam aspek keselamatan.

1

 

 

3

5

Dasar privasi

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST