MAJLIS PERASMIAN PESTA FLORA NEGERI KELANTAN 2026
24 September 2026 | Khamis. Taman Perbandaran Tengku Anis, Tanjung Chat, Kota Bharu.
Majlis Perasmian Pesta Flora Negeri Kelantan 2026 telah berlangsung sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Ke-57 Tahun 2026/1448H. Majlis telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan.
“Alam Lestari, Komuniti Harmoni”
Pesta Flora Negeri Kelantan 2026 menjadi wadah menyemarakkan kecintaan terhadap alam sekitar, keindahan landskap serta budaya pertanian yang menyumbang kepada kesejahteraan dan keharmonian masyarakat.



