Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

phonebook

Sitemap 1

Call 2

Feedback 1

faq 6

 KETEREH, 27 September 2026 – Suasana hari kedua Kejohanan Karom Terbuka Malaysia 2026 di Dewan Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam terus meriah dengan kehadiran peserta dan peminat karom dari seluruh Malaysia.

Pertandingan semakin sengit apabila para pemain meneruskan saingan dengan penuh fokus, mempamerkan ketepatan pukulan, kawalan permainan serta strategi tersendiri dalam usaha memburu kemenangan.

Kejohanan anjuran Kelab Karom Dato’ Zul Wisma dengan kerjasama MDKPI ini menghimpunkan pemain dari pelbagai negeri, sekali gus menjadikan kejohanan ini sebagai medan pertemuan dan persaingan dalam kalangan peminat sukan karom dari seluruh negara.

Hari kedua turut menyaksikan suasana dewan yang penuh dengan semangat kesukanan, tumpuan dan sorakan para penyokong, menjadikan saingan semakin menarik sehingga ke peringkat akhir.

MDKPI mengucapkan selamat bertanding kepada semua peserta dan tahniah atas semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.

2

3

4

5

Dasar privasi

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST