Accessibility Tools

Skip to main content
A- A A+

phonebook

Sitemap 1

Call 2

Feedback 1

faq 6

MDKPI RAIH PENGIKTIRAFAN DI HARI INOVASI SEKTOR AWAM NEGERI KELANTAN 2026

Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada kumpulan inovasi MDKPI atas kejayaan meraih pengiktirafan menerusi penyertaan dalam Majlis Pengiktirafan Hari Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan Tahun 2026.

Majlis yang berlangsung pada 28 Oktober 2026, Rabu, di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim menyaksikan beberapa projek inovasi MDKPI menerima pengiktirafan atas usaha menghasilkan penambahbaikan yang memberi nilai kepada pengurusan dan penyampaian perkhidmatan.

MDK SPARK menerusi Sistem Smart Service, yang dibangunkan bagi mempercepatkan proses penyelenggaraan kenderaan, berjaya memperoleh pengiktirafan 3 Bintang KIK serta Saguhati AIPBT.

Kumpulan IMPAK pula mencatat pencapaian cemerlang apabila projek Express Lane Approval — Kelulusan Segera Pelan Bangunan di Ketereh dinobatkan sebagai Naib Johan AIPBT.

LEX ORBITRA menerusi MyLEGAL360 Bank — Pusat Rujukan dan Pangkalan Data Undang-Undang Bersepadu turut menerima pengiktirafan 3 Bintang KIK serta Saguhati AIPBT.

Turut mencatat kejayaan ialah projek Smart Service Monitoring yang menerima Saguhati bagi kategori AIPK.

Hadiah dan pengiktirafan tersebut telah diterima oleh YBhg. Dato' Haji Rusydee bin Abdullah, Yang Dipertua Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam dalam majlis berkenaan.

Pencapaian ini menjadi pengiktirafan terhadap daya fikir, usaha dan kerjasama warga MDKPI dalam mencari kaedah kerja yang lebih cekap, tersusun dan relevan dengan keperluan semasa.

Tahniah kepada semua kumpulan dan warga kerja yang terlibat. Semoga pencapaian ini terus memperkukuh budaya inovasi dan penambahbaikan dalam perkhidmatan MDKPI.

 

2

3

4

6

7

Dasar privasi

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST