A- A A+
FaqSoalan Lazim
HubungiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

News & Blog

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
Syabas kepada Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI) atas kejayaan mengekalkan prestasi unggul dalam pengurusan dan pentadbiran kewangan.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga MDKPI atas penganugerahan Sijil Audit Bersih oleh Ketua Audit Negara untuk Penyata Kewangan Majlis Daerah Ketereh bagi tahun berakhir 31 Disember 2023.
Pengurusan kewangan MDKPI adalah selaras dengan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS), membuktikan komitmen pihak Majlis terhadap ketelusan dan akauntabiliti.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang di masa hadapan.

Audit Bersih Kew

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Anugerah Bandar Mampan 2024 Tahniah buat Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) atas kejayaan mencapai Anugerah Bandar Mampan 2024 di bawah Program Pengukuran Bandar Mampan (MURNInet).

Syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja MDKPI serta warga Ketereh atas dedikasi dan usaha menjadikan Ketereh sebuah bandar mampan. Semoga pencapaian ini terus kekal dan berkembang pada masa akan datang.

 Bandar Mampan 2024

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Sekalung tahniah buat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam atas kejayaan meraih pengiktirafan 5 Bintang dalam Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) 2024. Pengiktirafan ini adalah bukti komitmen dan usaha berterusan MDKPI dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

SPB-PBT merupakan sistem penilaian yang digunakan untuk menilai tahap penyampaian perkhidmatan setiap PBT di seluruh negara secara seragam. Melalui kaedah penggredan ini, setiap PBT ditempatkan pada kedudukan ranking yang sewajarnya, bertujuan untuk memperkukuh daya saing serta meningkatkan kapasiti PBT dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti.

Pencapaian ini seiring dengan fokus Rancangan Malaysia Kesebelas yang menekankan kepentingan pihak berkuasa tempatan dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti di peringkat tempatan.

Tahniah dan syabas atas kejayaan cemerlang ini!

 

5star

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Pada 09 Rabiul Akhir 1446H bersamaan 12 Oktober 2024,  Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam dengan kerjasama Gabungan 6 Masjid Mukim telah menganjurkan Karnival Cinta Rasul dan Riadah Perpaduan.

✅Masjid Ar Rahman KLanas

✅ Masjid Ar Rahim KLanas

✅ Masjid Ar Rahmah P.Kalong

✅ Masjid Mukim Kemubu

✅ Masjid Al Falah Belukar Luas

✅ Masjid Mukim Hutan Pasir

Acara ini bertujuan menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, bukan hanya terbatas pada sambutan Maulidur Rasul, bahkan untuk penghayatan sepanjang masa.

Karnival ini dimulakan dengan Perarakan Maulidur Rasul dari MASJID KEMUBU ke PASTI PANGKAL KALONG (BERMOTOSIKAL).

Majlis perasmian disempurnakan oleh Encik Mohd Asri bin Yunus, Ketua Whip Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI), yang turut

 

mengucapkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan karnival ini.

Penghargaan istimewa juga ditujukan kepada Ustaz Zulkipli Mat Yusof selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Saudara Muhd Aiman Muhammad, Pengerusi JKP 8, dan Ustaz Hassan bin Ibrahim, Pengarah Program, atas komitmen padu dalam menjayakan program ini.

Pelbagai acara diadakan seperti sukaneka, sukan rakyat dan lebih 200 buah cabutan bertuah bakal dimenangi (*Bonanza: 2 Ekor BIRI-BIRI*)

1

2

3

45

6

Majlis Daerah Ketereh
Perbandaran Islam

KM 19, Jalan Kuala Krai,
16450 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Tel: [+609] 7886112        Faks: [+609] 7886031

Kod QR Web Mobil

Bb

Bilangan Pelawat

Hari ini1689
Semalam1738
Minggu ini3942
Bulan Ini4299
Jumlah32719

22 Disember 2024

Search

SEO - LAMAN WEB RASMI MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM

KELGOV PPST
Dasar Privasi
Test Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan