Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
ANUGERAH SIJIL AUDIT BERSIH OLEH KETUA AUDIT NEGARA
Syabas kepada Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI) atas kejayaan mengekalkan prestasi unggul dalam pengurusan dan pentadbiran kewangan.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga MDKPI atas penganugerahan Sijil Audit Bersih oleh Ketua Audit Negara untuk Penyata Kewangan Majlis Daerah Ketereh bagi tahun berakhir 31 Disember 2023.
Pengurusan kewangan MDKPI adalah selaras dengan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS), membuktikan komitmen pihak Majlis terhadap ketelusan dan akauntabiliti.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang di masa hadapan.