Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Majlis Amanat Tahun Baharu 2023
3/1/2023, Selasa : Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam pada hari ini memulakan langkah menyambut tahun baru 2023 dengan mengadakan Majlis Amanat Tahun Baru 2023 yang disampaikan oleh Tuan Setiausaha MDKPI Encik Mohd Azman bin Ghazali.
Dalam amanatnya, Tuan Setiausaha menekankan tentang nilai dan budaya kerja berpasukan, mendengar cadangan dari pihak bawahan, bingkas, tangkas dan berkualiti perlu sentiasa dipraktis oleh seluruh warga kerja bagi menghasilkan mutu kerja yang terbaik dan cemerlang.
Dalam masa yang sama prestasi kerja perlu dipertingkatkan lagi supaya dapat memperbaiki kesilapan yang terdahulu kerana MDKPI berpotensi melangkah jauh lebih maju kehadapan. InsyaAllah dengan IzinNya.