Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN KERAJAAN TEMPATAN, KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Kunjungan Hormat Ke Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Putrajaya, pada 13 September 2024, Setiausaha Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam Encik Mohd Azman Bin Ghazali bersama rombongan Ketua Bahagian MDKPI telah mengadakan kunjungan hormat ke KPKT Malaysia Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
Rombongan kami disambut mesra oleh Encik Mohammad Khatib @ Fazri bin Amran Ketua Penolong Pengarah Bahagian Inspektorat, Perkhidmatan Perbandaran.
Kunjungan hormat ini adalah untuk mendapatkan tunjuk ajar daripada KPKT bagi meningkatkan lagi kecermelangan perkhidmatan serta membawa hasrat dan pembangunan kesejahteraan untuk rakyat, selain memperkukuhkan hubungan strategik antara Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta agensi-agensi di bawahnya.