Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
KEJOHANAN SEPAKAN PENALTI SUKAN PBT NEGERI KELANTAN 2017/2018
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah menyertai Kejohanan Sepakan Penalti Sukan PBT Negeri Kelantan 2017 / 2018 yang telah diadakan pada 24 Jamadilawal 1439H / 10 Februari 2018 bertempat di Padang Sivik, Majlis Daerah Gua Musang. Kejohanan ini telah disertai oleh 12 pasukan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan. Hasrat pasukan MDKPI untuk melangkah ke peringkat akhir tidak kesampaian apabila tewas kepada pasukan Majlis Daerah Pasir Mas di peringkat Suku Akhir.