Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN PERJANJIAN USAHASAMA PEMBANGUNAN PERUMAHAN DIANTARA MDKPI DAN MASMAYER TIMUR SDN. BHD
Majlis Menandatangani Dokumen Perjanjian Usahasama Pembangunan Perumahan Diantara MDKPI Dan Masmayer Timur Sdn. Bhd telah diadakan pada 7 Jamadilawal 1439H / 24 Januari 2018 bertempat di Grand Renai Hotel, Kota Bharu, Kelantan.
Majlis menandatangani dokumen perjanjian ini telah disaksikan oleh YB. Dato' Haji Abdul Fattah Bin Haji Mahmood - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Kelantan. MDKPI telah diwakili oleh YABrs. Encik Ahmad Robert Bin Abd. Rahim - YDP MDKPI, YBrs. Tuan Haji Mohd Asri Bin Yunus - Ketua Whip dan YBrs. Encik Md. Yani Bin Mat Zin - Setiausaha MDKPI manakala Masmayer Timur Sdn. Bhd diwakili oleh YBhg. Dato' Haji Mohammad Tajuddin Bakar dan Ybhg. Dato' BK Choo.
Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis MDKPI, Ketua-Ketua Bahagian MDKPI, Ketua-ketua Jabatan dan wakil serta urusetia dari MDKPI dan Masmayer Timur Sdn. Bhd.
Sila klik imej untuk paparan yang lebih besar.